43 saman, lelaki ditahan dalam Op Bersepadu Bau

27 minutes ago 4
ADVERTISE HERE

BAU, 27 Sept: Sebanyak 43 saman dikeluarkan manakala seorang lelaki ditahan selepas disahkan positif ujian air kencing dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah di sekitar daerah Bau.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A.Rahman berkata, operasi yang berlangsung dari jam 5 petang hingga 10 malam tadi itu diketuai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) IPD Bau dengan kerjasama BJPJKKD, BSJD, BSJND serta Tugas Am dan Blog.

“Operasi dijalankan di sekitar Jalan Bau-Kuching Lama, Jalan Fairy Cave dan Jalan Bau-Batu Kawa bagi mencegah jenayah, selain menjalankan rondaan, pemeriksaan serta mengesan aktiviti mencurigakan.

“Seramai 22 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi berkenaan dengan sebanyak 105 kenderaan diperiksa, terdiri daripada 40 motosikal, 45 motokar, 15 pacuan empat roda dan lima lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, seramai 118 individu turut diperiksa sepanjang operasi, sebanyak 43 keping saman PDRM (K)257 dikeluarkan melibatkan 30 motosikal, 11 motokar, sebuah pacuan empat roda dan sebuah lori.

“Dalam operasi sama, seorang lelaki ditahan selepas disahkan positif ujian air kencing dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“PDRM menegaskan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan akan terus dilaksanakan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan serta mengutamakan keselamatan, selain menggesa orang awam menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan atau aktiviti mencurigakan kepada pihak polis,” katanya.-TVS

Read Entire Article