ADVERTISE HERE
BAU, 15 Sept: Dua lelaki berusia antara 25 hingga 29 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Bau-Lundu, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, kedua-dua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau kira-kira jam 12.15 tengah hari.
Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah.
“Suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PDRM menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah boleh menyalurkannya menerusi Hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.-TVS

1 hour ago
4








English (US) ·