ADVERTISE HERE
BINTULU, 20 Sept: Seorang lelaki berusia 38 tahun selamat selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) berhampiran MRSM di sini, awal pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu tiba di lokasi pada jam 3.12 pagi dan mendapati sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max terlibat dalam kemalangan.
“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika pasukan bomba tiba di lokasi.Komander Operasi, PBK I Mazlan Tanin, kemudian menjalankan pemeriksaan keselamatan di sekitar kenderaan dan kawasan kejadian.
“Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan. Mangsa tidak tersepit dan tidak mengalami sebarang kecederaan.Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.
Operasi yang melibatkan tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT itu tamat pada jam 3.30 pagi selepas lokasi kejadian disahkan selamat. Turut berada di lokasi ialah dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).-TVS

3 hours ago
3








English (US) ·