Pusat bantu golongan gelandangan perlu diwujudkan — Abang Johari

2 months ago 19
ADVERTISE HERE
Abang Johari (tiga dari kiri) melepaskan Kembara Kasih KPWKM di Tebingan Kuching.

Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 15 Sep: Sarawak mohon kerajaan pusat untuk bersama-sama dalam mewujudkan pusat bagi menempatkan golongan gelandangan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia kini menjadi satu keperluan bagi menangani isu gelandangan di bandar-bandar.

Advertisement

“Kita tidak mahu ada yang tidur di jalan-jalan atau di ‘waterfront’ di sekitar bandar.

“Jika kita ada pusat seperti ini, kita boleh memberikan bantuan kepada golongan (gelandangan) ini,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Kembara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Tebingan Kuching hari ini.

Tambah beliau, golongan gelandangan ini sebenarnya memiliki keluarga selain mengalami masalah psikologi.

“Mereka ini serba salah, kadang-kadang anak mahu membantu tetapi mereka tidak mendengar, jadi dia lari dan tidur di jalanraya atau di ‘waterfront’ ini.

“Ini berkaitan dengan psikologi, oleh itu kita perlu memberi kaunseling supaya dapat kita mengurangkan golongan gelandangan,” kata Abang Johari.

Sementara itu, Menteri KPWKM Dato Sri Nancy Shukri berkata program itu dilaksanakan di lapan daerah iaitu Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Sibuti, Miri, Limbang serta Lawas.

Katanya, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memastikan rakyat Sarawak mendapat manfaat daripada program ini. — DayakDaily

Read Entire Article