RM80,000 disalur perkukuh kemudahan Kampung Sungai Jernang dan sekolah

5 hours ago 9
ADVERTISE HERE

KOTA SAMARAHAN, 20 Sept: Sebanyak RM80,000 disalurkan bagi menyokong keperluan kemudahan masyarakat dan sekolah di Kampung Sungai Jernang di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, peruntukan itu meliputi RM50,000 bagi penyediaan kemudahan tempat letak kereta di kawasan kampung, manakala RM20,000 lagi bagi membantu pihak sekolah mendapatkan meja dan kerusi untuk kegunaan murid.

“Turut disumbangkan, RM10,000 kepada penganjur Majlis Makan Malam Sambutan Perayaan Kuih Bulan 2026.Sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Stakan, saya kekal konsisten dalam memastikan kesejahteraan, kemudahan infrastruktur dan kebajikan penduduk dikawasan ini sentiasa terjaga dan ditambah baik.

“Saya juga sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan serta keperluan penduduk kampung melalui JKKK, KRT dan kepimpinan tempatan, ” katanya ketika berucap di majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Jernangn pada Sabtu.

Menurut Hamzah lagi, peruntukan berkenaan mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan keperluan asas masyarakat setempat diberi perhatian, termasuk kemudahan awam.

Beliau berkata, sambutan Perayaan Kuih Bulan pula bukan sekadar menjadi ruang meraikan tradisi masyarakat Cina, malah membuka peluang kepada masyarakat pelbagai kaum untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan.

Katanya, kepelbagaian masyarakat di kawasan Stakan dan Samarahan yang terdiri daripada pelbagai kaum merupakan antara kekuatan yang perlu terus dipelihara melalui semangat saling menghormati dan kebersamaan. -TVS

Read Entire Article