Rumah kosong di Kuartes Kerajaan Sundar terbakar

4 hours ago 4
ADVERTISE HERE

LAWAS, 13 Sept: Sebuah rumah kosong di Blok A, Kuartes Kerajaan Sundar di sini, terbakar kira-kira 90 peratus dalam kejadian malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kebakaran dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam sebelum pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas tiba di lokasi pada jam 8.29 malam.

“Rumah berstruktur separuh kekal itu berkeluasan kira-kira 30 x 40 kaki persegi dan tidak berpenghuni ketika kejadian. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman secara ofensif menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dan dua nozel dengan sumber air daripada pili bomba berhampiran,” kata kenyataan itu.

Api berjaya dikawal pada jam 9 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.14 malam selepas keadaan disahkan selamat serta tiada risiko api kembali marak.

Seramai 15 anggota BBP Lawas terlibat dalam operasi diketuai PBK I Mursen Bin Timol, membabitkan sebuah CFRT, EMRS, DMAX dan lori tangki air.-TVS

Read Entire Article