Teroka potensi kerjasama Sarawak, Indorama Ventures

1 hour ago 7
ADVERTISE HERE

BANGKOK, 14 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Indorama Ventures Public Company Limited yang diketuai Aloke Lohia di Bangkok, Thailand.

Pertemuan itu dijangka membuka ruang kepada Sarawak untuk meneroka potensi kerjasama dalam sektor petrokimia dan industri hiliran.

Indorama Ventures merupakan antara syarikat petrokimia global yang terlibat dalam pengeluaran bahan seperti plastik untuk pembungkusan atau (PET), polister serta bahan kimia khusus yang digunakan dalam pelbagai produk harian termasuk botol plastik, tekstil dan produk industri.

Bagi Sarawak, kerjasama dengan pemain industri global seperti Indorama Ventures berpotensi memperkukuh agenda pembangunan industri hiliran, khususnya dengan memanfaatkan sumber tenaga dan gas negeri untuk menghasilkan produk bernilai tambah lebih tinggi.

Pertemuan ini turut memberi peluang Sarawak mengetengahkan kelebihan negeri sebagai destinasi pelaburan, selain meneroka peluang baharu dalam rantaian bekalan petrokimia serantau. — TVS

Read Entire Article