11 lelaki positif syabu ditahan dalam Ops Cegah Khas

1 hour ago 6
ADVERTISE HERE

KUCHING, 12 Sept: Seramai 11 lelaki berusia antara 19 hingga 40 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine (syabu) dalam Ops Cegah Khas yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuching dari 8 hingga 10 September.

Operasi selama tiga hari itu dijalankan di beberapa lokasi sekitar Petra Jaya, Tabuan dan Penrissen berdasarkan pemantauan serta maklumat yang diperoleh pihak AADK.

Menurut kenyataan AADK Daerah Kuching, kesemua suspek yang ditahan menjalani saringan awal air kencing dan didapati positif methamphetamine.

“Operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AADK membanteras penyalahgunaan serta penagihan dadah di kawasan komuniti.

“AADK akan terus mempergiatkan aktiviti pengesanan, penguatkuasaan dan intervensi bagi memastikan kawasan komuniti kekal selamat serta bebas daripada ancaman penyalahgunaan dadah,” kata kenyataan itu.

Masyarakat turut diseru supaya bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah kepada pihak berkuasa.

Read Entire Article