ADVERTISE HERE
LAWAS, 12 Sept: Seramai 19 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan kes nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang terhempas dan mengorbankan seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan di Long Lellang, Selasa lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata laporan awal berhubung nahas tersebut, dijangka dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas kejadian.
“Kita telah mengambil keterangan daripada 19 orang saksi yang boleh membantu siasatan kita. Pada masa yang sama, Biro Siasatan Kemalangan Udara juga telah pun menjalankan ataupun telah memulakan siasatan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Sesi Dialog (Town Hall Discussion) SIRI2/2026 Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak di Daerah Lawas di sini, hari ini.
Mohamad berkata keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi kelima-lima mangsa sudah diperoleh daripada Jabatan Kimia pada hari ini.
Beliau berkata jasad lima mangsa akan diserahkan kepada waris masing-masing hari ini, termasuk proses dokumentasi.
Mangsa ialah juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham; pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin; pembantu perubatan, Alexson Adit Henry; jururawat, Debra Moset; dan jururawat, Jessie Paya Jok.

1 hour ago
8








English (US) ·