79 penduduk terjejas, rumah panjang 10 pintu Long Jekitan musnah terbakar

4 hours ago 5
ADVERTISE HERE

MARUDI, 21 Sept: Sebuah rumah panjang 10 pintu di Long Jekitan, Ulu Baram, musnah dalam kebakaran yang dilaporkan pada Sabtu dengan seramai 79 penduduk dianggarkan terjejas, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 2.50 petang.

“Memandangkan lokasi kejadian terletak kira-kira 230 kilometer dari BBP Marudi dan perjalanan melalui laluan balak mengambil masa kira-kira lapan jam, pasukan diputuskan untuk bergerak ke lokasi pada keesokan harinya.

“Pasukan penyiasatan dari Pejabat Zon 6 Miri diketuai PgKB II Awangku Hazmin Awang Zainal bersama anggota BBP Marudi dan seorang anggota PDRM Long Lama bertolak pada jam 6 pagi, 20 September.Pasukan menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui laluan jalan sejauh kira-kira 230 kilometer sebelum tiba di lokasi pada jam 2 petang,” kata kenyataan itu.

Setibanya di lokasi, pasukan menjalankan pemeriksaan sekitar kawasan kebakaran bagi memastikan tiada lagi punca api atau bahaya susulan.

Temu bual penyiasatan turut dijalankan terhadap pihak berkaitan pada jam 3.10 petang, selain siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca dan faktor kebakaran.

Operasi dikawal pada jam 3.10 petang dan tamat pada jam 4.30 petang.Seramai tiga anggota BBP Marudi bersama sebuah kenderaan Toyota Hilux serta seorang anggota PDRM terlibat dalam operasi.-TVS

Read Entire Article