83 pekebun kecil Julau terima bantuan baja

1 day ago 13
ADVERTISE HERE

JULAU, 21 Sept: Seramai 83 pekebun kecil di daerah ini menerima bantuan baja menerusi Bantuan Baja Kelapa Sawit dan Lada (BBKSL) Fasa 4 Tahun 2026 bagi membantu meningkatkan hasil tanaman serta pengeluaran komoditi berkualiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Dato Rolland Duat Jubin berkata, bantuan berkenaan penting bagi meringankan beban petani, selain memastikan tanaman mendapat penjagaan dan pembajaan yang bersesuaian.

Menurutnya, ia disalurkan melalui Pejabat Pertanian Julau dengan 30 penerima menerima stok baja dalam penyerahan yang diadakan hari ini.

“Penerima perlu memanfaatkan bantuan yang disediakan dengan sebaik-baiknya bagi memastikan produktiviti tanaman dapat dipertingkatkan secara berterusan,” katanya ketika menghadiri simbolik penyerahan bantuan berkenaan di Pejabat Pertanian Julau, hari ini.

Menurut Rolland, Julau merupakan antara kawasan yang menghasilkan lada berkualiti tinggi di Sarawak dan mempunyai potensi besar untuk terus dikembangkan sebagai kawasan pengeluaran komoditi pertanian.

Sehubungan itu, beliau menggesa petani supaya memberi perhatian terhadap aspek penjagaan tanaman, termasuk penggunaan baja secara teratur mengikut keperluan.

“Saya berharap petani di kawasan ini terus komited mengusahakan tanaman secara berkualiti bagi memastikan hasil yang diperoleh mampu memberi pulangan lebih baik,” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei, Jessyca Andrew Mujah dan Pegawai Menguasa Pertanian Daerah Julau, Veronica Inyang.-TVS

Read Entire Article