ADVERTISE HERE
SERIAN, 22 Sept: Sebuah mesin pemprosesan buah sawit di sebuah kilang sawit milik Lembaga Tabung Haji, Jalan Gedong di sini, terbakar tengah hari tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.11 tengah hari.
“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian tiba di lokasi pada jam 12.32 tengah hari dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah mesin pemprosesan buah sawit.
“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pekerja kilang sebelum ketibaan pasukan bomba menggunakan satu aliran air daripada pili bertekanan.Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sebanyak 15 peratus,” kata kenyataan itu.
Pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan tiada lagi punca api serta kebakaran tidak merebak ke kawasan sekitar.
Operasi disahkan terkawal pada jam 12.43 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada jam 1.20 tengah hari selepas keadaan dipastikan selamat.
Seramai lapan anggota bomba dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah kenderaan Hilux terlibat dalam operasi berkenaan.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian.-TVS

1 hour ago
8








English (US) ·