ADVERTISE HERE
KUCHING, 27 Sept: Penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) di Kuching mendapat pujian penyanyi Hael Husaini manakala Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada TV Sarawak (TVS) susulan penganjuran acara berprestij itu.
Menerusi hantaran di Threads, Hael menyifatkan penganjuran AIM25 kali ini sebagai ‘sangat gah’, selain memuji aspek pengurusan acara dan kebajikan penggiat seni yang hadir.
“Saya sebenarnya ingin memuji penganjuran kali ini. Pada pandangan saya, penganjurannya sangat gah, bermula daripada sidang media, ‘red carpet’ hingga ke pentas utama.
“Kebajikan tetamu dalam kalangan artis dan calon Top 5 juga amat terjaga. Saya gembira melihat kehadiran ramai penggiat seni. Tahniah kepada pasukan AIM dan TVS!,” katanya.
Sementara itu, Siti Nurhaliza turut menggunakan platform sama untuk merakamkan penghargaan kepada TVS.
“Kakak setuju. Alhamdulillah, tahniah TVS menjaga kebajikan para karyawan dengan baik sekali dan melayan tetamu dengan mesra. Alhamdulillah,” katanya.
Pujian dan penghargaan itu hadir susulan penganjuran AIM25 di Kuching yang menghimpunkan barisan penggiat industri muzik tanah air bagi meraikan karya serta pencapaian dalam industri muzik Malaysia.
Berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu lalu, Mimifly dan Siti Nurhaliza mencuri tumpuan pada AIM25 apabila masing-masing menerima lima dan empat anugerah, manakala Hael menerima dua anugerah.
Mawat pula menerusi lagu ‘Dayang Bintang’ melakar kejayaan apabila memenangi kategori baharu, Lagu Borneo Terbaik.
Anugerah sempena jubli perak itu turut mengiktiraf perjalanan seni Ella apabila beliau menerima Anugerah Sri Wirama. – TVS

5 hours ago
5





English (US) ·