Amy Search, Zainal Abidin dan Perasmian Tiang Bendera Tertinggi hangatkan ‘Countdown 2024’

11 months ago 109
ADVERTISE HERE
Abdul Karim (tengah) menunjukan poster 'Countdown 2024' pada sidang media di Kuching.

KUCHING, 13 Dis: Suasana meriah bagi acara ‘Countdown 2024’ dihangatkan dengan persembahan artis popular tanah air, Datuk Amy Search dan Dato’ Zainal Abidin.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bertemakan ‘Lets Celebrate Together’ , acara turut menampilkan Hael Husaini, kumpulan Floor 88 dan kumpulan De Fam yang berlangsung di pentas utama di Tebingan Kuching.

“Acara countdown juga menampilkan persembahan nyanyian daripada penyanyi tempatan Sarawak iaitu Firdaus Matrang, Raquel Then, Richmond Allan Morshidi, Bob Yunus dan Karen Libau.

“Pada malam 31 Dis, 2023, beberapa segmen persembahan akan bermula jam 6:45 petang hingga 12:55 tengah malam bertempat di Tebingan Kuching,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain daripada persembahan hiburan ujar Abdul Karim, masyarakat Sarawak akan menyaksikan acara khas iaitu perasmian ‘Tiang Bendera’ yang tertinggi di Malaysia.

Katanya, majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Setelah selesainya majlis perasmian ‘Tiang Bendera’ akan berlangsungnya persembahan khas disekitar kawasan yang terlibat sebelum detik Countdown 2024 dimulakan.

“Pada detik ‘Countdown 2024’ , para jemputan dan rakyat Sarawak akan disajikan dengan pertunjukkan Musical Fireworks’”, katanya.

Antara acara menarik lain ialah ‘Music Instrumental’ oleh beberapa kumpulan Buskers tempatan, persembahan tarian daripada kumpulan ‘Kinate Dance Group’ serta kumpulan Panggau Libau dari bahagian Sri Aman.

Turut diadakan ‘Senamrobik-Senam Kenyalang’ , ‘Fiesta Karaoke Rakyat’, Pameran dan Demonstrasi Seni Visual dan arca, Persembahan Gendang Melayu Sarawak. — DayakDaily

Read Entire Article