Bekas menteri pertahanan Abang Abu Bakar meninggal dunia

11 months ago 117
ADVERTISE HERE

Abang Abu Bakar, 82, meninggalkan seorang balu, Tunku Maziah Tunku Mustapha serta seorang anak perempuan dan dua anak kembar lelaki.

Selain menjadi Ahli Parlimen selama dua dekad, Abang Abu Bakar Abang Mustapha juga menabur bakti sebagai ahli Kabinet bermula 1990 hingga 2003. (Gambar Bernama)

KUCHING: Bekas menteri pertahanan Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia pada 9.55 pagi tadi di Institut Jantung Negara akibat kegagalan jantung.

Perkara itu disahkan oleh anak bongsunya, Tunku Abang Faisal Amir Abang Abu Bakar kepada Bernama.

“Jenazah akan dibawa ke Kuching untuk disolatkan di Masjid Bandar Raya Kuching sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam masjid itu kira-kira 5 petang ini, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi.

Abang Abu Bakar, 82, meninggalkan seorang balu, Tunku Maziah Tunku Mustapha serta seorang anak perempuan dan dua anak kembar lelaki.

Allahyarham memiliki pengalaman luas dalam politik antaranya pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sarawak selama dua dekad bagi kawasan Paloh iaitu dari 1981 hingga 1990 dan Kuala Rajang (1990 hingga 2000).

Abang Abu Bakar juga menabur bakti sebagai menteri di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bermula dengan jawatan timbalan menteri pertahanan dan menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1990 hingga 1999, sebelum dilantik menerajui Kementerian Pertahanan hingga 2003.

Tags

Abang Abu Bakarinstitut jantung negarameninggal duniamenteri pertahananSarawak

Related news

Read Entire Article