Kuching City tundukkan Melaka dengan 10 pemain

1 hour ago 7
ADVERTISE HERE

MELAKA, 12 Sept: Kuching City FC mencipta kemenangan bergaya apabila menewaskan Melaka dalam aksi Liga Super Malaysia di Stadium Hang Tuah, malam ini, meskipun beraksi dengan 10 pemain.

Beraksi dalam suasana sengit, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu terus menunjukkan semangat juang tinggi selepas kehilangan Yuki Tanigawa akibat layangan kad merah.

Kekurangan seorang pemain tidak mematahkan semangat The Cats, sebaliknya mereka tampil lebih berdisiplin untuk mempertahankan kelebihan dan memastikan tiga mata dibawa pulang ke Kuching.

Melaka yang cuba mengambil kesempatan daripada kelebihan pemain gagal memecahkan benteng pertahanan Kuching City yang bertahan dengan cukup tersusun sehingga wisel penamat.

Kemenangan itu sekali gus menjadi bukti kekentalan mental dan karakter Kuching City yang enggan menyerah walaupun berdepan tekanan bermain dengan 10 pemain di gelanggang lawan.

Gol Kuching City dijaringkan oleh Jerome Etame pada minit ke-22 dan Ronald Ngah Wanja pada minit ke-96 manakala tuan rumah memperoleh gol saguhati menerusi Do Dong Hyun pada minit ke-92.

Kejayaan di Stadium Hang Tuah itu turut mengukuhkan momentum Kuching City dalam saingan Liga Super musim ini.-TVS

Read Entire Article