Boling Sarawak lahir lebih ramai atlet berpotensi ke skuad elit kebangsaan

1 hour ago 5
ADVERTISE HERE

KUCHING, 12 September: Perkembangan sukan boling di Sarawak menunjukkan hasil positif apabila semakin ramai atlet tempatan menampilkan prestasi membanggakan dan berpotensi diserap ke dalam skuad elit kebangsaan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, berkata pencapaian atlet Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) sebelum ini bukan sahaja mencapai sasaran ditetapkan, malah menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran dan prestasi.

“Pembangunan sukan boling di Sarawak menunjukkan perkembangan positif apabila negeri ini berjaya melahirkan beberapa atlet yang kini berada dalam skuad elit Malaysia, termasuk atlet boling kebangsaan Nur Hazirah Ramli dan Gillian Lim.

“Pemain boling muda turut mendapat pendedahan dan pengalaman untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan, manakala atlet seperti Lavinia Kho semakin menyerlah sebagai antara bakat baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis Sarawak International Open Tenpin Bowling Championships (SIOTBC) 2026 di sini, hari ini.

Menurutnya, penganjuran SIOTBC 2026 menjadi platform penting untuk atlet tempatan, khususnya pemain muda, memperoleh pengalaman menerusi persaingan di peringkat antarabangsa.

Katanya, kehadiran pemain antarabangsa dalam kejohanan itu turut memberi peluang kepada atlet Sarawak mengukur kemampuan selain menimba pengalaman berdepan pemain bertaraf tinggi.

“Pendedahan seperti ini penting dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet Sarawak yang mampu mewakili Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya.

Read Entire Article