Dua lori balak ditahan dalam Ops Gempur JPJ Kapit

55 minutes ago 3
ADVERTISE HERE

KAPIT, 13 Sept: Dua lori balak ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan yang dijalankan Unit Operasi JPJ Kapit di sekitar Jalan Kapit–Mujong, baru-baru ini.

Operasi itu dilaksanakan susulan aduan dan maklumat orang awam berkaitan aktiviti lori balak di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, hasil rondaan dan pemantauan, dua lori balak ditahan dan pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan, termasuk membawa muatan secara berbahaya serta bunga tayar yang telah menipis.

“Kesalahan lain melibatkan aspek teknikal kenderaan turut dikesan dan tindakan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“JPJ Sarawak merakamkan penghargaan kepada masyarakat Kapit atas keprihatinan menyalurkan aduan dan maklumat kepada pihak berkuasa,” kata kenyataan itu.

Kerjasama masyarakat penting bagi membantu JPJ meningkatkan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan di lapangan.

JPJ Sarawak turut menggalakkan orang ramai terus menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan jalan raya bagi bersama-sama mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat. -TVS

Read Entire Article