Emart 916 Member Day tawar diskaun hingga 80 peratus

1 hour ago 2
ADVERTISE HERE

KUCHING, 12 Sept: Emart 916 Member Day kembali dengan pelbagai promosi istimewa dan aktiviti menarik kepada pelanggan selama lima hari bermula hari ini hingga 16 September.

Program tahunan itu berlangsung di semua cawangan Emart di Sarawak dan Sabah, dengan tawaran diskaun antara lima hingga 80 peratus.

Pengurus Cawangan Emart Batu Kawah, Meringgai Jawa, berkata promosi berkenaan dibahagikan kepada tiga slot, iaitu pada 12 hingga 13 September, 14 hingga 15 September dan kemuncaknya pada 16 September.

“Promosi yang sangat menarik ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama berlangsung pada 12 dan 13 September, diikuti bahagian kedua pada 14 dan 15 September, manakala kemuncaknya pada 16 September.

“Jika pelanggan tidak datang, memang rugi kerana promosi yang ditawarkan sangat hebat. Ia bukan sahaja berlangsung di Emart Batu Kawah, tetapi di semua cawangan Emart di Sarawak dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata pelanggan yang mendaftar sebagai ahli baharu atau memperbaharui keahlian akan menerima 300 mata ganjaran.

Katanya, pelanggan juga boleh menebus baucar bernilai RM5 dengan hanya menggunakan 399 mata ganjaran berbanding 500 mata sebelum ini.

Menurutnya, antara aktiviti yang bakal diadakan pada 16 September ialah Cabaran Waktu Sibuk pada jam 9.16 pagi dan Jatuhan Belon pada jam 9.16 malam.

“Cabaran Jatuhan Token serta Rebut Sebanyak Mana Yang Boleh pula berlangsung dari jam 8 pagi hingga 8 malam,” katanya.

Meringgai berkata pemilihan waktu 9.16 pagi dan 9.16 malam adalah selaras dengan konsep 916 Member Day.

Selain itu, katanya, pelanggan boleh mendapatkan pakaian di DEQLO pada harga serendah RM5, manakala promosi turut ditawarkan di Emart Express dan rangkaian perniagaan Emart yang lain.

“Promosi kali ini menawarkan diskaun antara lima hingga 80 peratus. Selain dapat berjimat, pelanggan juga akan menerima mata ganjaran.

“Pada masa sama, sambutan ulang tahun Emart ke-21 masih berlangsung dan pelanggan bertuah berpeluang memenangi sebuah kereta. Inilah antara keistimewaan yang ditawarkan,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai tawaran bagi setiap slot boleh diperoleh menerusi aplikasi Emart serta akaun rasmi Emart Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.

Meringgai turut mengajak orang ramai mengunjungi mana-mana cawangan Emart berdekatan untuk menikmati tawaran yang disediakan.

“Semua cawangan di bawah Emart menawarkan promosi. Datanglah ke mana-mana cawangan untuk mendapatkan harga yang menarik, murah dan berbaloi,” katanya.

Read Entire Article