ADVERTISE HERE
PADAWAN, 13 Sept: Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) akan terus dipertahankan sebagai komponen penting dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat luar bandar Sarawak.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, tragedi nahas helikopter yang melibatkan perkhidmatan berkenaan menjadi titik penting untuk menilai semula kaedah penyampaian perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman.
“Tragedi berkenaan bukan sahaja mengakibatkan kehilangan nyawa, malah turut menyebabkan Sarawak kehilangan tenaga kepakaran yang amat berharga khususnya dalam sektor kesihatan yang masih berdepan kekurangan doktor dan jururawat.
“Ia menjadikan setiap individu yang terkorban amat besar ertinya kepada Sarawak,” katanya ketika ditemui media di kediaman mendiang Debra Moset di Padawan, hari ini.
Menurutnya, Kerajaan Sarawak kini menunggu laporan rasmi berhubung nahas berkenaan sebelum menentukan tindakan lanjut bagi mengelakkan sebarang spekulasi mengenai punca kejadian.
Katanya, laporan itu penting bagi membolehkan pihak berkaitan meneliti aspek yang perlu ditambah baik termasuk keselamatan serta kaedah penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada komuniti luar bandar.
“Kerajaan Sarawak akan terus memberikan kerjasama dan bantuan yang diperlukan,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan teknologi seperti telekonsultasi, dron dan kecerdasan buatan (AI), selain penambahbaikan kemudahan jalan raya serta pembinaan lebih banyak klinik perlu diterokai sebagai alternatif dan sokongan kepada FDS.-TVS

15 hours ago
11








English (US) ·