ADVERTISE HERE
KUCHING, 15 Sept: Ibu bapa dan guru disaran untuk terus mencungkil bakat kanak-kanak berkeperluan khas bagi membantu mereka memperkasa potensi diri.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, golongan berkenaan perlu diberi ruang dan peluang untuk menyerlahkan keupayaan masing-masing, sekali gus merangsang perkembangan bakat mereka.
“Kami mahu mereka mencapai tahap yang lebih tinggi dan melakukan bidang yang mereka suka.
“Kami juga mahu mereka berupaya menjana pendapatan hasil daripada kemahiran yang telah dikembangkan,” katanya kepada media selepas merasmikan Pelancaran Estella Child Development Centre di sini, hari ini.
Jelas beliau, hasil pendapatan yang diraih akan membina nilai diri, serta meningkatkan keyakinan untuk berdikari dan menyumbang kepada masyarakat.
Fatimah turut mencontohi kebolehan atlet-atlet ParaSUKMA Sarawak yang membuktikan bahawa golongan berkeperluan khas mampu mencapai kejayaan apabila bakat mereka dikenal pasti dan dibimbing dengan baik.
“Saya berkata kepada atlet, jurulatih, ibu bapa dan guru bahawa kita masih mampu berdiri megah kerana kita berjaya meraih 52 butir emas, 32 perak dan 54 gangsa iaitu 138 pingat keseluruhannya.
“Ini tidak mudah untuk diperoleh lebih-lebih lagi untuk sukan angkat berat,” katanya.-TVS

1 hour ago
4








English (US) ·