ADVERTISE HERE
SARIKEI, 23 Sept: Kerajaan sedang merangka pembinaan jalan penghubung baharu di daerah ini bagi memperkukuh hubungan antara kawasan selain membuka lebih banyak peluang pembangunan ekonomi dan pertanian.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, infrastruktur itu penting bagi memudahkan pergerakan penduduk, mempertingkat akses ke kawasan pinggir bandar serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.
Katanya, antara projek yang diberi perhatian ialah pembinaan Jalan Bypass Sarikei sepanjang 4.95 kilometer yang menghubungkan bandar Sarikei dengan kawasan pinggiran di seberang Batang Rajang.
“Saya mengambil serius perkara ini kerana kemudahan jalan yang lebih baik berupaya merangsang pembukaan kawasan baharu untuk kegiatan pertanian, sekali gus menyokong usaha memperkukuh sektor agro moden.
“Apatah lagi Sarikei terkenal antara kawasan penting pengeluaran makanan di Sarawak mempunyai potensi besar untuk terus dikembangkan, ” katanya selepas menyampaikan sumbangan geran MRP kepada 15 badan NGO di sini, hari ini.
Bantuan berkenaan disalurkan bagi membantu penerima melaksanakan pelbagai program serta memenuhi keperluan komuniti masing-masing.
Tiong Sii berkata, segala perancangan dan janji kepada masyarakat akan terus diberi perhatian supaya dapat direalisasikan secara berperingkat mengikut keperluan setempat.
“Sehubungan itu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas sokongan berterusan terhadap pembangunan negeri khususnya di kawasan DUN Repok dan Parlimen Sarikei,” katanya. – TVS

1 hour ago
6








English (US) ·