Jerebu: 28 kawasan catat bacaan ipu tidak sihat pagi ini

1 hour ago 8
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR, 17 Sept:  Sebanyak 28 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.45 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), lima kawasan di Perak mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Tasek, Ipoh (182); Seri Manjung (180); Pegoh, Ipoh (160); Taiping (157) dan Tanjung Malim (154).

Di Pulau Pinang, empat kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Seberang Jaya (156), Minden (156), Seberang Perai (154) dan Balik Pulau (110), manakala di Selangor turut melibatkan empat kawasan iaitu Johan Setia (157), Shah Alam (154), Banting (144) dan Petaling Jaya (135).

Di ibu negara, bacaan tidak sihat direkodkan di Cheras (157) dan Batu Muda (155), manakala di Putrajaya (157) serta Negeri Sembilan melibatkan Nilai (157) dan Seremban (151).

Melaka turut merekodkan tiga kawasan pada tahap tidak sihat iaitu di Bukit Rambai (148), Bandaraya Melaka (133) dan Alor Gajah (111), manakala di Johor melibatkan Batu Pahat (152) dan Kluang (144) serta Sungai Petani (160) dan Kulim Hi-Tech (132) di Kedah.

Sementara itu, tiga lagi negeri masing-masing mencatatkan satu kawasan tidak sihat iaitu Terengganu melibatkan Kuala Terengganu (153); Jerantut, Pahang (152); serta Kuching, Sarawak dengan bacaan 109.

Selain itu, sebanyak 32 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan pada tahap sederhana manakala lapan kawasan mencatatkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).-TVS

Read Entire Article