ADVERTISE HERE
KUCHING, 21 Sept: Sebuah kedai serbaneka di Jalan Green Road di sini terbakar malam tadi, dengan kira-kira 35 peratus bahagian hadapan premis terjejas.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.19 malam, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Padungan kemudian digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kedai serbaneka dua tingkat jenis bangunan kekal berukuran 40 kaki x 10 kaki.
“Pasukan membuat pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 100 kaki serta dua nozel,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, kebakaran berlaku kira-kira 35 peratus di bahagian hadapan sebelum merebak ke bahagian tengah kedai.
Tindakan pengudaraan di bahagian tengah dan belakang premis berjaya mengurangkan kemerebakan api.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Operasi dikawal pada jam 8.30 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.03 malam selepas keadaan disahkan selamat.
Seramai 14 anggota bersama dua jentera FRT dan sebuah EMRS terlibat dalam operasi, selain bantuan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Punca kebakaran dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan.-TVS

4 hours ago
7








English (US) ·