Kempen Pengumpulan OHW pertama dilancarkan di Bintulu

2 hours ago 7
ADVERTISE HERE

BINTULU, 27 Sept: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan kerjasama Sarawak Waste Management (SWM) Sdn Bhd, SD Guthrie International dan Green Town melancarkan Kempen Pengumpulan Other Household Waste (OHW) yang pertama di Bintulu.

Kempen itu dilancarkan bersempena Hari Cuci Malaysia 2026 (Malaysia Cleanup Day) yang berlangsung di Civic Centre di sini, semalam.

Timbalan Pengurus Besar BDA, Abdul Rahim Abdullah berkata, kerjasama semua pihak penting dalam meningkatkan amalan pengurusan sisa yang bertanggungjawab bagi mewujudkan Bintulu yang lebih bersih, sihat dan lestari.

“Menerusi kempen itu, orang awam berpeluang menukarkan sisa elektronik (e-waste) dan minyak masak terpakai kepada tunai.

“Barangan OHW seberat kurang daripada tiga kilogram pula boleh dihantar secara percuma untuk pelupusan secara selamat,” katanya.

Beliau berkata, penglibatan komuniti Bintulu dalam aktiviti berkenaan turut menyumbang kepada sasaran penyertaan 200,000 orang bagi sambutan Hari Cuci Malaysia 2026 peringkat kebangsaan.

Orang ramai turut digalakkan mengamalkan pengasingan sisa dengan betul serta bersama-sama menjaga alam sekitar bagi menyokong usaha menjadikan Bintulu sebagai bandar yang lebih bersih, lestari dan rendah karbon. – TVS

Read Entire Article