ADVERTISE HERE
KUCHING, 21 Sept: Sebuah kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak selepas didapati digunakan di jalan raya tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans sah.
Tindakan itu dilakukan Unit Operasi JPJ Kuching menerusi Ops Luxury dan pemantauan di sekitar Bandar raya Kuching.
JPJ Sarawak dalam kenyataan memaklumkan tindakan penguatkuasaan termasuk penyitaan kenderaan berkenaan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
“JPJ Sarawak menasihatkan semua pemilik dan pengguna kenderaan supaya memastikan LKM serta perlindungan insurans sentiasa sah dan berkuat kuasa sebelum menggunakan kenderaan di jalan raya.
“JPJ Sarawak akan terus mempertingkatkan aktiviti rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
JPJ Sarawak turut mengingatkan bahawa pematuhan terhadap peraturan bukan sahaja merupakan tanggungjawab di sisi undang-undang, malah penting bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.-TVS

10 hours ago
3








English (US) ·