Kerajaan belanja RM900 juta bagi proses pengambilan tanah penduduk terlibat Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

10 months ago 85
ADVERTISE HERE
Abang Johari (lima dari kanan) dan Fadillah (empat dari kiri) hadir ke Majlis Makan Malam "Lebuhraya Pan Borneo Sarawak—Impian Jadi Realiti". Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak

KUCHING, 4 Dis: Kerajaan membelanjakan RM900 juta bagi proses pengambilan tanah yang terlibat di dalam pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, terdahulu kerajaan memperuntukan sejumlah RM1 bilion bagi tujuan tersebut.

“Ianya bukan satu proses yang mudah kerana kita terpaksa mencari pemilik tanah.

“Tetapi akhirnya kita dapat selesaikan dengan kos keseluruhan RM900 juta,” kata Fadillah dalam ucapannya di Majlis Makan Malam “Lebuhraya Pan Borneo Sarawak—Impian Jadi Realiti” di Kuching malam tadi.

Tambah Fadillah, cabaran utama dalam pelaksanaan lebuhraya tersebut ialah apabila berlakunya pertukaran kerajaan.

Ketika itu, ujar beliau, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membatalkan konsep Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan menggunakan konsep konvensional dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sebagai agensi pelaksana.

“Dengan kaedah konvensional pada waktu itu, pihak kontraktor dan konsultan menghadapi masalah disebabkan tiada ketentuan arah tuju pelaksanaan.

“Maka berlaku kelewatan kerana pelarasan yang dilakukan kesan pertukaran konsep PDP ke konvensyional,” ujar Fadillah.

Hadir sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi. — DayakDaily

Read Entire Article