Kerajaan luluskan Fasa 2 Waterfront Tambirat dengan kos RM150 juta — Abdul Karim

11 months ago 64
ADVERTISE HERE
Abdul Karim bersalaman dengan penduduk Kampung Tambirat semasa hadir ke Program Aspirasi Serumpun Seni Budaya Melayu

KOTA SAMARAHAN, 26 Nov: Kerajaan telah meluluskan pembinaan Fasa 2 Projek Waterfront Tambirat dengan kos RM150 juta, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, ia melibatkan jarak 1.2 kilometer bermula dari kawasan Fasa 1 sehingga hujung Kampung Tambirat.

“Premier Sarawak telah meluluskan peruntukan RM150 juta bagi pembinaan Fasa 2 Projek Waterfront Tambirat.

“Siap nanti, ia akan menyemarakkan lagi Regatta Tambirat dan menjadi salah satu regatta terbesar di negeri ini,” kata Abdul Karim.

Beliau berkata demikian di Penutupan Program Aspirasi Serumpun Seni Budaya Melayu di Pusat Penjaja Tambirat di sini, hari ini.

Tambah beliau, Fasa 1 projek berkenaan dengan kos RM20 juta kini sedang dalam pembinaan.

Katanya, ia termasuk membina kemudahan astaka selari dengan tujuan untuk menyediakan lokasi tetap bagi acara Regata Tambirat (Samarahan) yang diadakan setiap dua tahun sekali.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan serta Adun Asajaya berkata, astaka tersebut akan dibina dalam bentuk dua arah.

Ujarnya, salah satunya menghadap kearah Sungai Samarahan sementara satu lagi akan menghadap ke arah Pusat Penjaja Kampung Tambirat.

“Tempat itu akan menjadi satu tempat yang cukup menarik yang mana kalau kita hendak buat program-program belia dan saya mahu ia menjadi antara tempat belia-belia beriadah.

“Manakala pada hujung minggu ia akan menjadi tumpuan untuk orang dari Kuching dan Samarahan untuk membeli belah di kawasan gerai-gerai pusat penjaja,” katanya. — DayakDaily

Read Entire Article