Lelaki tidak sedarkan diri dalam nahas di Jalan Canna

59 minutes ago 7
ADVERTISE HERE

KUCHING, 24 Sept: Seorang lelaki berusia 52 tahun tidak sedarkan diri selepas Toyota Vios dipandunya terlibat dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Canna, malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian berlaku sekitar jam 8.37 malam dan mangsa, Au Kok Hua, ditemui masih berada di dalam kenderaan ketika pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 8.45 malam.

“Pintu Toyota Vios berkenaan tidak dapat dibuka dari luar menyebabkan pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudian diberikan bantuan CPR oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Kemalangan itu turut membabitkan tiga kenderaan lain, masing-masing Honda BR-V, Honda CR-V dan Toyota Harrier.

Operasi melibatkan lapan anggota dari BBP Tabuan Jaya serta sebuah jentera FRT dan turut dibantu enam anggota polis serta tiga anggota KKM.

Operasi terkawal pada jam 8.50 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.39 malam.-TVS

Read Entire Article