Liga Premier: Kuching FA tewaskan Serian FA, gol lewat pastikan tiga mata

41 minutes ago 5
ADVERTISE HERE

KUCHING, 12 Sept: Kuching FA (KFA) mencatat kemenangan 2-0 ke atas Serian FA dalam aksi Liga Premier Sarawak 2026 Zon Selatan di Padang Perumahan Jalan Astana, di sini, hari ini.

Kemenangan itu hadir menerusi dua jaringan pada penghujung perlawanan, sekali gus membolehkan KFA membawa pulang tiga mata selepas mengharungi aksi sengit selama 90 minit.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada babak pertama, namun gagal memecahkan kebuntuan.

KFA akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-81 menerusi Azuanie Jasman sebelum Mohammad Shahfitri Salim menggandakan kelebihan pada minit ke-90.

Jurulatih KFA, Dzulazlan Ibrahim, berkata beliau mengingatkan pemain supaya tidak terburu-buru memburu gol, sebaliknya kekal sabar dan berdisiplin dalam menyusun serangan.

“Untuk babak kedua, saya pesan kepada pemain supaya jangan berasa tertekan untuk mencari gol. Kita kena sabar dan dalam setiap perlawanan kita harus sabar untuk menyusun strategi serangan.

“Bila mendapat ruang dan peluang, kita perlu manfaatkan sebaik-baiknya. Hasilnya, pada separuh masa kedua tadi, pemain mula menterjemahkan apa yang dirancang,” katanya ketika ditemui TVS selepas perlawanan.

Sementara itu, pembantu jurulatih Serian FA, Anizan Sahari, berkata kekalahan itu tidak mematahkan semangat pasukannya yang berdepan kekangan dalam aspek persiapan dan kemudahan latihan.

“Persiapan kami agak kurang, ditambah dengan cuaca jerebu dan fasiliti yang belum mencukupi untuk latihan. Namun, saya berbangga dengan pemain kerana mereka memberikan 100 peratus sepanjang perlawanan tadi,” katanya.

Read Entire Article