Lima projek pelancongan Sadong Jaya bernilai RM31 juta pacu ekonomi penduduk

57 minutes ago 4
ADVERTISE HERE

SADONG JAYA, 15 Sept: Lima projek pembangunan pelancongan di Sadong Jaya dengan nilai keseluruhan RM31 juta dijangka memberi impak positif pembangunan sosioekonomi penduduk setempat.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, projek berkenaan merupakan antara transformasi yang bakal dilaksanakan bagi mengangkat Sadong Jaya sebagai kawasan pelancongan berasaskan warisan.

“Lima projek yang bakal dibangunkan itu merangkumi Waterfront yang dilengkapi menara tinjau, Bazar Komuniti dan Dataran Warisan Sadong Jaya, selain dua komponen lain yang melengkapkan perancangan pembangunan pelancongan di kawasan berkenaan.

“Tujuan utama bukan sahaja mencantikkan kawasan ini tetapi untuk memberi nilai sosial ekonomi untuk kawasan Sadung Jaya. Secara keseluruhannya projek ini telah pun mendapat kelulusan daripada IRSDA dan pemilihan kawasan tapak pun telah diluluskan, apa yang kita bincangkan sekarang dari sudut rekaan dan juga kelulusan Jawatankuasa Rekabentuk Bangunan Kerajaan Sarawak, SBDC di peringkat kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas mempengerusikan Mesyuarat Projek Jawatankuasa Pembangunan Sosio-Ekonomi IRSDA yang berlangsung di Pusat Khidmat Batang Sadong di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Aidel Lariwoo.

Rubiah berkata, pelaksanaan projek berkenaan berpotensi membuka lebih banyak peluang kepada penduduk setempat untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi berkaitan pelancongan.

“Pembangunan tersebut bukan sahaja bertujuan mencantikkan kawasan berkenaan, malah berpotensi meningkatkan daya tarikan pelancongan serta merancakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat.

“Pembangunan tarikan pelancongan dan kemudahan komuniti itu diharapkan dapat meningkatkan kunjungan pelawat, sekali gus memberi manfaat kepada pengusaha tempatan serta komuniti di Sadong Jaya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan projek kini memberi tumpuan kepada aspek reka bentuk dan proses mendapatkan kelulusan pembinaan daripada pihak berkaitan.

Menurutnya, kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan projek pembangunan tersebut dapat direalisasikan seawal tahun hadapan-TVS.

Read Entire Article