Mesyuarat Pengurusan Wisma Melayu Sarawak diadakan buat julung kali

8 hours ago 8
ADVERTISE HERE

KUCHING, 21 Sept: Mesyuarat Pengurusan Wisma Melayu Sarawak diadakan buat julung kalinya di sini hari ini bagi membincangkan penyelarasan pengurusan, operasi serta pembangunan premis berkenaan.

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan aspek pengurusan, operasi, pembangunan dan kesiapsiagaan Wisma Melayu Sarawak bagi memastikan pengurusan premis berkenaan dilaksanakan secara teratur, profesional dan berkesan.

“Usaha itu juga selaras dengan peranan serta fungsi Wisma Melayu Sarawak yang telah dirancang,” menurut kenyataan Pejabat Timbalan Premier Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi AKYBMS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi dan Pelaburan, Dato Sri Mohd Naroden Majais; Setiausaha merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perundangan, Datu Abdul Razak Tready; Bendahari, Kushairi Johan serta Pengerusi Jawatankuasa Politik, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Budaya dan Kesenian, Datuk Abdul Wahab Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Datuk Dr Wahbi Junaidi.

Mesyuarat turut disertai wakil PU Architect, BL Consultant Team serta kakitangan AKYBMS. -TVS

Read Entire Article