ADVERTISE HERE
KUCHING, 21 Sept: Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal dan lori di Batu 5, Jalan Matang di sini, pagi tadi diminta tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi ketika mangsa, seorang wanita berusia 18 tahun, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal disyaki hilang kawalan sebelum terperosok di bawah sebuah lori yang berada di lorong kiri.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, Inspektor Muhammad Azim di talian 011-36172665.
Maklumat berkenaan penting bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.-TVS

10 hours ago
6








English (US) ·