Pedun Likew Igen Kubu himpun 400 warga Igan di Sibu

2 hours ago 6
ADVERTISE HERE

SIBU, 27 Sept: Kira-kira 400 warga Igan yang bermastautin di Sibu dan kawasan sekitarnya berhimpun pada Pedun Likew Igen Kubu Edisi Ketiga di sini, semalam.

Program berkenaan menjadi wadah menghimpunkan keluarga besar Igan yang kini menetap serta mencari rezeki di Sibu dan kawasan sekitarnya.

Pertemuan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Igan di perantauan, malah turut menjadi platform untuk memastikan ikatan kekeluargaan dan hubungan dengan kampung halaman terus terpelihara.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, jarak serta kesibukan membina kehidupan di perantauan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada warga Igan untuk terus mengenali dan menghargai asal-usul mereka.

“Walaupun kita tinggal jauh dari Igan, hubungan kekeluargaan dan rasa cinta terhadap kampung halaman perlu terus dipertahankan,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan.

Menurutnya, program seumpama itu memberi ruang kepada warga Igan untuk bertemu, bertukar khabar serta mengeratkan kembali hubungan yang mungkin terpisah disebabkan jarak dan kesibukan masing-masing.

Katanya, kesinambungan program berkenaan wajar dipertahankan supaya terus menjadi wadah yang menghimpunkan warga Igan di Sibu dan kawasan sekitarnya.

“Ini juga menjadi platform untuk membantu generasi muda mengenali saudara-mara, latar belakang keluarga serta tempat asal mereka.

“Saya berharap semangat kebersamaan ini terus diperkukuh supaya warga Igan, di mana sahaja mereka berada, kekal saling berhubung dan tidak melupakan akar serta kampung halaman,” katanya. – TVS

Read Entire Article