ADVERTISE HERE
BINTULU, 27 Sept: Tindakan pantas pegawai keselamatan bangunan menggunakan dua alat pemadam api berjaya mengawal kebakaran sebuah komputer merebak menjadi lebih besar di sebuah kedai di The Spring Park City, Bintulu, awal pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian berlaku sekitar jam 4.29 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu tiba di lokasi dua minit kemudian.
“Kebakaran hanya melibatkan sebuah komputer yang berada di dalam premis berkenaan dan musnah keseluruhan, kebakaran terlebih dahulu berjaya dikawal oleh pegawai keselamatan bangunan menggunakan dua alat pemadam api.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” kata kenyataan itu.
Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan struktur bangunan dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.
Operasi dikawal pada jam 4.40 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.50 pagi selepas pemeriksaan mendapati tiada lagi punca api dan keadaan di lokasi selamat.
Operasi melibatkan lapan anggota BBP Bintulu bersama sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS.-TVS

2 hours ago
5








English (US) ·