Pendidikan awal kanak-kanak pelaburan strategik masa depan Sarawak

1 day ago 6
ADVERTISE HERE

KUCHING, 25 Sept: Pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak adalah pelaburan strategik dalam pembangunan modal insan serta masa depan Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembangunan negeri bukan hanya bergantung kepada pembinaan infrastruktur, kemudahan dan industri, tetapi turut merangkumi peluang yang disediakan kepada rakyat sejak peringkat awal kehidupan.

Katanya, pendidikan awal kanak-kanak penting dalam membentuk modal insan yang mampu berfikir secara kritikal, berkomunikasi, bekerjasama dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, selaras dengan aspirasi Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Kerajaan Sarawak mengiktiraf pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak sebagai pelaburan strategik dalam pembangunan modal insan serta masa depan Sarawak.

“Pendekatan ini selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 dalam usaha membangunkan Sarawak yang makmur, inklusif dan mampan.

“Pembangunan tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan jalan raya, jambatan, bangunan dan industri yang dibangunkan, sebaliknya turut berdasarkan peluang yang disediakan kepada rakyat bermula sejak peringkat awal kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Konvensyen Antarabangsa Prasekolah Sarawak (SPIC) 2026 di sini, hari ini.

Awang Tengah berkata, pembangunan keupayaan kanak-kanak perlu dimulakan pada usia awal menerusi hubungan yang selamat, interaksi bermakna, kreativiti, kepercayaan untuk meneroka dan peluang pembelajaran.

Katanya, pengukuhan pendidikan awal penting bagi memastikan kanak-kanak di Sarawak bersedia menghadapi masa depan yang dipacu teknologi, inovasi dan perubahan, tanpa mengabaikan budaya serta identiti mereka.

Beliau berkata, setiap kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mengembangkan potensi masing-masing, manakala permulaan kehidupan mereka tidak seharusnya ditentukan oleh lokasi tempat tinggal atau pendapatan keluarga.

“Kerjasama menyeluruh antara kerajaan, keluarga, institusi pendidikan, komuniti, industri dan sektor berkaitan amat penting bagi memastikan kepentingan kanak-kanak di Sarawak sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Read Entire Article