ADVERTISE HERE
KUCHING, 2 Dis: Penduduk di Lawas yang terkesan dengan pelaksanaan enam projek kini menerima pampasan bernilai keseluruhan RM17.1 juta, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Tengah berkata, pampasan dibuat mengikut perundangan dan pemberian pampasan kepada tanah yang diambil adalah untuk pembangunan dan mengikut kadar pasaran semasa.
“Kerjasama amat diperlukan agar projek tidak tergendala. Kita akan membayar pampasan untuk tanah yang diperlukan seperti untuk projek pembangunan.
“Terima kasih dan gunakan pampasan ini dengan sebaiknya,” katanya semasa ditemui media dalam Majlis Perasmian Anjung Usahawan Kampung Long Tuan dan Majlis Penyerahan Cek Pampasan bagi Projek di Daerah Lawas di sini pada Jumaat.
Tambah Awang Tengah, program Anjung Usahawan yang diadakan adalah untuk membantu masyarakat dan membantu para usahawan serta peniaga menjalankan perusahaan mereka.
Beliau berharap melalui inisiatif ini juga akan membantu memasarkan produk tempatan dengan lebih luas lagi. — DayakDaily