Perluas dan perkuat kerjasama dalam mewujudkan ekonomi inklusif – Naib Presiden Indonesia

11 months ago 74
ADVERTISE HERE
Anwar (empat kanan) meletakan tapak tangan simbolik Perasmian Forum Perdagangan Global Muslim 2023 di Kuching. Turut kelihatan Ma'ruf (tiga kanan) dan Abang Johari (lima kiri).

KUCHING, 28 Nov: Naib Presiden Republik Indonesia Prof Dr K.H. Ma’ruf Amin mengajak seluruh pemimpin Forum Perdagangan Global Muslim 2023 untuk memperluas dan memperkuat kerjasama dalam mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

Beliau juga mengajak pemimpin memanfaatkan teknologi digital dan inovasi digital dalam pengembangan ekonomi syariah.

“Ketiga, bangun dan tingkatkan sumbangan ekonomi syariah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam ucap tama di Majlis Makan Malam Gala Sempena Forum Perdagangan Global Muslim 2023 di sini, malam ini.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tambah Ma’ruf, negara-negara Muslim mesti menyatukan visi dan misi demi mengembangkan industri halal global ke depan.

Katanya, fokus adalah untuk menekankan pelaburan bersama dan pembangunan ekosistem Hub halal bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi agar kawasan ASEAN dapat menjadi pelopornya.

“Pengembangan teknologi dan inovasi digital terbaru dan moden mampu mentransformasi aktiviti ekonomi syariah agar lebih efektif, efisien, resilien dan produktif.

“Teknologi dan inovasi digital juga mewujudkan Komunikasi, memberikan kemudahan, akses, dan pertukaran informasi serta pengetahuan yang mendorong kepada pertumbuhan ekonomi dan kewangan Syariah,” kata Ma’ruf. — DayakDaily

Read Entire Article