ADVERTISE HERE
KUCHING, 22 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap perkara yang telah dibincangkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dilaksanakan menerusi Bajet 2027 yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober ini.
Beliau berkata, harapan Sarawak adalah supaya perkara berkenaan dapat direalisasikan khususnya dari sudut suntikan yang telah dibincangkan.
“Harapan kita supaya apa yang telah dibincangkan dalam MA63 dapat dilaksanakan dari sudut suntikan,” katanya kepada pemberita selepas Sarawak SOEs Transformation Programme – Phase 2: A Pledge for Good Governance, High Performance & Value Creation di sini, hari ini.
Ditanya sama ada terdapat jangkaan peningkatan peruntukan bagi Sarawak, Abang Johari berkata, perkara itu bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri.
Dalam masa sama, ketika ditanya mengenai kemungkinan beberapa Syarikat Milik Kerajaan Negeri (SOE) dihentikan suntikan dana, Abang Johari berkata, perkara berkenaan perlu menunggu pembentangan Belanjawan Sarawak 2027.
“Tunggu belanjawan nanti, perkara itu akan dijelaskan kemudian berdasarkan hala tuju dan dasar yang telah diterangkan sebelum ini,” katanya. – TVS

1 hour ago
7








English (US) ·