Program GEMA KEMAS Sri Aman perkasa komuniti luar bandar

1 hour ago 3
ADVERTISE HERE

SRI AMAN, 27 Sept: Program GEMA KEMAS Sri Aman dilihat sebagai antara inisiatif penting dalam membantu memperkasa komuniti luar bandar menerusi pendidikan, pembangunan sahsiah, peningkatan kemahiran dan kesejahteraan masyarakat.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie ketika merasmikan Majlis Penangguhan Program GEMA KEMAS Sri Aman di Rumah Chuan Ak Alam, Sungai Rian, Kampung Jaong di sini, semalam.

Beliau berkata, program seperti itu turut membantu membina keyakinan diri, memperkasa keluarga serta menyediakan masyarakat untuk menghadapi perubahan semasa.

“Kita merakamkan penghargaan kepada KEMAS Sri Aman atas komitmen dan usaha berterusan dalam menjayakan pelbagai program KEMAS di kawasan berkenaan.

“Pelbagai pembangunan di Sarawak dalam sektor tenaga, logistik, penerbangan, teknologi, kesihatan dan tenaga alternatif terus dilaksanakan,” katanya.

Katanya, pelaksanaan projek berkenaan bukan sahaja meningkatkan kemudahan dan merancakkan ekonomi, malah berpotensi membuka ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya generasi muda.

Beliau berkata, kemajuan Sarawak memerlukan komitmen, perancangan rapi, kesinambungan dasar serta kepimpinan Kerajaan GPS Sarawak, selain sokongan dan penglibatan aktif masyarakat. – TVS

Read Entire Article