ADVERTISE HERE
KUCHING, 12 Sept: Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan selepas polis menyerbu sebuah pusat hiburan di kawasan Jalan Lapangan Terbang di sini, dipercayai beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata tangkapan itu dibuat kira-kira jam 11.35 malam.
“Polis turut merampas peralatan muzik dari premis berkenaan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
“Polis akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis hiburan mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa.
“Kita menasihatkan semua pengusaha premis hiburan di daerah Kuching supaya mendapatkan lesen hiburan yang sah serta tidak menjalankan aktiviti melebihi waktu operasi yang ditetapkan,” tegasnya.

53 minutes ago
6








English (US) ·