ADVERTISE HERE
SADONG JAYA, 15 Sept: Rekaan Dataran Warisan yang terletak di Waterfront Sadong Jaya telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dari International Academy and Health, Sweeden sekali gus menyerlahkan potensi pembangunan kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, reka bentuk projek berkenaan merupakan antara salah satu dari lima perancangan pembangunan ikonik pelancongan di Sadong Jaya yang bakal dimulakan tahun hadapan.
Menurutnya, pengiktirafan tersebut mencerminkan usaha memperkukuh daya tarikan kawasan berkenaan menerusi pembangunan yang menggabungkan elemen warisan, reka bentuk dan nilai pelancongan.
“Alhamdulillah…kita telah mendapat kelulusan bersama dengan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Aidel Lariwoo berkaitan dengan rangka perancangan dan juga rekaan dan suka saya maklumkan di sini seperti yang Datuk Aidel maklumkan tadi, rekaan untuk Dataran Warisan Sadong Jaya telah pun memenangi International Design, Green and Hub baru-baru ini dan akan menerima penganugerahannya pada 1 Oktober ini. Rekaan bangunan ini telah diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada TVS selepas mempengerusikan Mesyuarat Projek Jawatankuasa Pembangunan Sosio-Ekonomi IRSDA yang berlangsung di Pusat Khidmat Batang Sadong di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Aidel memaklumkan majlis penganugerahan itu bakal dilangsungkan pada 1 Oktober ini di Bangunan UNIFOR.
Beliau turut meminta semua agensi berkerjasama dalam memastikan lima projek tersebut berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan-TVS

1 hour ago
7








English (US) ·