Sarawak terus usaha perkasa tenaga kerja kesihatan tempatan

1 hour ago 4
ADVERTISE HERE

PADAWAN, 13 Sept: Sarawak sentiasa bersedia membantu Kerajaan Persekutuan dalam bidang kesihatan sekiranya diperlukan termasuk menangani isu kekurangan tenaga kerja kesihatan di wilayah ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, sebanyak 18 peratus jawatan dalam sektor kesihatan di Sarawak membabitkan lebih 5,000 jawatan masih belum diisi.

Menurutnya, isu kekosongan berkenaan telah dibawa kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mencari penyelesaian terhadap keperluan tenaga kerja kesihatan di Sarawak.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk keperluan menubuhkan pasukan petugas khas bagi pengambilan tenaga kerja tempatan.

“Kita memerlukan pasukan petugas khas untuk pengambilan tenaga kerja tempatan supaya kita tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui media di kediaman mendiang Debra Moset di Padawan, hari ini.

Sim berkata, usaha itu turut berkait dengan perjuangan Sarawak mendapatkan autonomi dalam bidang kesihatan, namun proses berkenaan kompleks kerana memerlukan pindaan terhadap 41 undang-undang.

Sehubungan itu menurutnya, Sarawak akan terus meneroka pelbagai pendekatan bagi mendapatkan hasil yang praktikal terlebih dahulu termasuk meningkatkan keupayaan negeri dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan demi kepentingan rakyat.-TVS

Read Entire Article