Standard halal JAKIM jadi penanda aras produk Republik Tatarstan

1 hour ago 5
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Standard halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjadi antara penanda aras yang diberi perhatian Republik Tatarstan dalam memastikan produk halal mereka memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Agensi Pembangunan Pelaburan Tatarstan (TIDA), Maria Krivenkova berkata, pendekatan JAKIM dalam menetapkan standard halal adalah wajar kerana aspek halal bukan hanya berkaitan kepercayaan dan agama, malah berkait rapat dengan kualiti produk.

“Kami berbesar hati dapat mempamerkan produk kami di sini (Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2026) kerana kami tahu standard dan tahap kualiti JAKIM memang sangat tinggi.

“Badan pensijilan kami di Republik Tatarstan juga telah menerima akreditasi JAKIM dan kami mungkin masih di peringkat awal dalam usaha ini.

“Namun, kami gembira kerana sekurang-kurangnya ada produk yang dihasilkan di republik kami yang sudah memenuhi standard JAKIM,” katanya ketika ditemui TVS pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026, di sini, baru-baru ini.

Pada MIHAS 2026, Tatarstan membawa empat syarikat dari republik berkenaan bersama lapan syarikat lain dari Rusia untuk mengetengahkan produk termasuk dalam sektor makanan dan pertanian.

Menurutnya, kejayaan memberangsangkan penganjuran MIHAS edisi kali ini turut membuka peluang kepada pihaknya untuk berhubung dengan lebih banyak syarikat dan pemain industri yang mengambil bahagian dalam pameran berkenaan.

“Perkembangan MIHAS yang begitu pesat setiap tahun amat menggalakkan dan berdasarkan penyertaan kami pada tahun lalu, jumlah serta kualiti pempamer kali ini jelas menunjukkan peningkatan ketara.

“Kami turut melihat banyak syarikat yang sebelum ini tidak menyertai MIHAS, dan ini memberi peluang kepada kami untuk menjalinkan kerjasama dengan para pempamer serta mengundang mereka untuk turut mengambil bahagian dalam acara yang kami anjurkan,” jelasnya. — TVS

Read Entire Article