Tiga individu positif dadah ditahan di Bau

12 hours ago 7
ADVERTISE HERE

BAU, 21 Sept: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan polis dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar Daerah Bau, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau antara jam 9 pagi hingga 10.30 pagi.

Menurutnya, serbuan dan pemeriksaan dilakukan di Lorong 8, Lorong 2, Jalan Sebuku dan Kampung Melayu Siniawan.

“Hasil operasi, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk tindakan lanjut.

“Polis menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah boleh menyalurkannya melalui Hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.-TVS

Read Entire Article