Tiga wanita ditahan cuba curi kabel SEB di Miri

4 hours ago 6
ADVERTISE HERE

MIRI, 27 Sept: Tiga wanita berusia antara 38 hingga 40 tahun ditahan ketika dipercayai cuba mencuri kabel milik Sarawak Energy Berhad (SEB) di Jalan Miri-Pujut, berhampiran Balai Bomba Pusat Bandaraya Miri, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Miri dengan bantuan Polis Bantuan SEB kira-kira jam 9.05 malam.

“Sebelum itu, pihak SEB menerima isyarat penggera amaran kabel di lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam sebelum menyalurkan maklumat kepada BSJ IPD Miri.

“Hasil tindakan pantas itu, polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek serta merampas pelbagai barangan yang dipercayai berkaitan dengan kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod tangkapan terdahulu berkaitan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Ketiga-tiga suspek kini direman selama tiga hari sehingga 29 September untuk siasatan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Polis turut memuji tindakan pantas pihak SEB menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan polis dalam membanteras kegiatan jenayah, selain menggalakkan masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada Bilik Gerakan IPD Miri di talian 085-432533 atau balai polis berhampiran,” tegasnya. – TVS

Read Entire Article