Wanita maut motosikal terperosok bawah lori

14 hours ago 11
ADVERTISE HERE

KUCHING, 21 Sept: Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terperosok ke bawah sebuah lori dalam kemalangan di Batu 5, Jalan Matang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun yang bekerja sebagai juruwang pasar raya menunggang motosikal dari arah lampu ssyarat Taman Dahlia, Batu 5, Jalan Matang menuju ke bulatan Emart Matang.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William berkata, kemalangan turut melibatkan sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 36 tahun.

“Siasatan awal mendapati apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan dan terperosok ke bawah lori berkenaan.

“Mangsa bersama motosikalnya kemudian terseret beberapa meter di lorong kiri jalan menyebabkan motosikal mengalami kerosakan pada bahagian sisi kiri dan kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 9.40 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Barry berkata, polis turut menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan saksi dan mengambil gambar di lokasi kejadian.-TVS

Read Entire Article