26 lokasi jalan ditutup, dilencong sempena Kuching Marathon 2026

1 hour ago 6
ADVERTISE HERE

KUCHING, 23 Sept: Sebanyak 26 lokasi jalan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup atau dilencongkan secara berperingkat sempena penganjuran Kuching Marathon 2026 pada 27 September ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, penutupan dan lencongan trafik itu bermula pada 26 September 2026 jam 12 tengah hari hingga 27 September jam 10 pagi, bergantung kepada lokasi.

Menurutnya, langkah berkenaan bagi membolehkan persiapan lokasi serta memastikan kelancaran perjalanan program yang melibatkan peserta tempatan dan luar negara.

“Antara lokasi terlibat ialah Lebuh Wayang, Jalan Main Bazaar, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Carpenter Street, Jalan Barrack dan Jalan Pearl.

“Bagi laluan perlumbaan pula, penutupan dan lencongan melibatkan beberapa persimpangan utama termasuk Jalan Wawasan, Jalan McDougall, Jalan Haji Taha, Jalan Ajibah Abol, Jalan Kulas, Jalan Merdeka, Jalan Astana dan Bulatan Mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, turut terlibat ialah Bulatan Sesco, Bulatan Samariang, Jalan Sultan Tengah, Bulatan Yayasan, Bulatan Kesuma Resort, Bulatan Stadium, Bulatan Gersik, Jalan Kwong Lee Bank, Tanah Putih, Jalan Sekama, Pending, Bulatan Sri Aman serta persimpangan Jalan Gamelan.

PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan di kawasan terlibat dan merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-259900.-TVS

Read Entire Article