ADVERTISE HERE
KUCHING, 13 Sept: Seramai 346 peserta dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa menerima manfaat menerusi Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 Tahun 2026, sebagai usaha membantu golongan masyarakat mendapatkan lesen memandu secara sah selain meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pemilikan lesen B2 bukan sekadar memenuhi keperluan undang-undang, malah merupakan satu tanggungjawab melibatkan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.
“Memiliki lesen ini bukan sahaja menjamin keselamatan diri anda, malah melindungi setiap nyawa yang berkongsi lebuh raya. Usaha ini bukan sekadar untuk perlindungan peribadi, tetapi merupakan komitmen bersama demi kesejahteraan kita semua di jalan raya.
“Lesen ini bukan sekadar sekeping dokumen, melainkan sebuah pertaruhan bermakna yang menyinari masa depan dan kelangsungan hidup anda,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 Tahun 2026 anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa di sini, pada Ahad.
Tambahnya, pelaksanaan program bantuan berkenaan turut membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan masyarakat, khususnya golongan yangmemerlukan, mendapat akses kepada peluang memperoleh lesen memandu secara sah.
Beliau berkata, inisiatif seumpama itu bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada penerima, malah berpotensi memperkukuh budaya pematuhan undang-undang dan keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.
Program berkenaan sekali gus memperlihatkan bahawa bantuan mendapatkan lesen memandu bukan sekadar soal mobiliti, tetapi turut menjadi pelaburan terhadap keselamatan, peluang pekerjaan dan kesejahteraan masyarakat-TVS

1 hour ago
5








English (US) ·