468 mangsa banjir masih berlindung di PPS

7 hours ago 6
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR: Sebanyak 468 mangsa banjir daripada 127 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur, setakat 8 malam ini.

Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 286 orang daripada 78 keluarga ditempatkan di empat PPS di daerah Hilir Perak, Kerian dan Perak Tengah di PERAK manakala 116 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan di dua PPS yang beroperasi di Betong dan Kuching di SARAWAK.

Di SELANGOR, 61 orang daripada 19 keluarga berlindung di dua PPS di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam manakala PPS yang beroperasi di Sentul di sini menempatkan lima sekeluarga.

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan paras air di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar, KEDAH mencatatkan bacaan tahap bahaya.

Read Entire Article